nuffnang-your communinity

Tuesday, November 29, 2011

Sajak : ABAH

Rindu mendengar telatah abah berbicara,
Mulutnya lancar melunaskan kedewasaan,
Satu persatu kitab hidupnya diselak semula,
Aku terpegun seketika. asyik merakam kalamnya.
Modalnya, modal ku jua. ku rakam bait-bait indah itu.
untuk pedoman manusia sejagat dalam kamus hidupku.

Dia melakarkan ku kehidupan.
agar aku dapat kenal gambarannya.
Dia menuliskan panduan,
agar ku tahu pantang larangnya.
Perjuangannya begitu lama.
takkan terdetik untuk merasa berkira.
kerna dia berjuang demi Tuhan semesta raya.

Dia memilih senyum walau jerih yang disandar.
aku memilih senyum merakamkan doa buatnya.

Monday, August 8, 2011

RAMADHAN BERTAMU


kini DIA datang bertamu, menyajikan suatu medan yang luas terbentang, suatu pesta ibadah, dijanjikan padanya ganjaran pahala berlipat-lipat kali ganda. dialah RAMADHAN yang mulia. hadiah yang disediakan Allah buat hambanya.sungguh dialah yang Maha Kasih Maha Sayang pada kita.

ya, aku, kamu dan mereka yang mengaku islam pasti tidak dapat lari dari kotor noda DOSA. diberikan kita mata sempurna tapi kita sering melihat perkara mungkar & maksiat, diberikan kita mulut, kita banyak mengata mengeji sesama sendiri. tangan dan kaki digerakkan bukan untuk pengabdian kepada Allah. sungguh dosa-dosa jika dihimpun ibarat pepasir di pantai.



disini kita dihimpun dibawah RAHMAT, jika nadi masih berdenyut itu tanda rahmah Allah masih ada untuk kita, kita masih lagi diberi kehidupan menjalani setiap malam-malam ramadhan. namun, aku kamu tidak dapat menjamin. apakah ada hari esok untuk beribadah, bertahajud, berterawih, memohon diampunkan dosa, memohon dihindarkan dari azab neraka yang sangat pedih dan dahsyat. sungguh DIA lah yang menggenggam kehidupan. denganNya kita dihidupkan dan denganNya kita dimatikan. terpisah segenap keseronokan dunia, terpisah segenap harta yang melimpah, hotel, banglo, kereta mewah. keluarga. pasangan.



Ada yang berpuasa, tp kerana ingin kurus, kelihatan ramping dan langsing, ada yang berpuasa kerana ingin mendapat saguhati, atau malu kerana ada yg lebih muda kuat puasa. puasa jadi sia-sia. puasa lah kerana SYAHADAH kita. kita berpuasa kerana Allah, yang disampaikan syariatnya melalui Rasullullah s.a.w. berpuasa kerana kita ingin membentuk akhlak mulia yang lahir dari SOLAT, akhlak mulia lahir nilai jujur, tanggungjawab, berjamaah yang disebut sebagai FITRAH dan kita ZAKATkan kepada yang lain. puasa juga ertinya bergerak, bangun beribadah, seperti perihal siti Hajar berlari kecil, menjadi teladan di Musim HAJI. dan akhirnya terpancar air zam-zam. tanda kemenangan buat umat islam. setelah sebulan BERPUASA.bermujahadah memerangi nafsu.



itulah dia 5 Rukun ISLAM. yg saling berkait satu sama lain. dari syahadah, solat, puasa, zakat, dan haji.semoga kita sama-sama menjulang sijil TAQWA. seperti firman Allah, "wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatasmu berpuasa, sepertimana diwajibkan keatas orang-orang sebelummu berpuasa, semoga beroleh ketaqwaan" Albaqarah:183

salam Ramadhan kareem.


Saturday, July 9, 2011

Langkah kaki Kananku...

Langkah kaki kananku, menyusuri Rumah Suci,
Bermula Episod Baru dalam Kehidupan ini...

Alhamdulillah, kini aku bergelar Suami dan Menantu,yang pasti memikul amanah, menggenggam janji,menggalas keringat, memunggah buah fikir, dan doakan aku sentiasa bertasbih lafaz zikir.

lama kiranya aku tak menulis, sibuk dengan urusan dunia, pekerjaan hari-hari mengurus masjid yang baru dibina, syukur Alhamdulillah, sudah lengkap sebahagian dari agama ku. dengan "Masjid" ini aku pohon diredhai Allah senantiasa, pesan orang makan garam, gaduh itu biasa,. tapi sekarang yg terjadi, cerai itu yg biasa, Nauzubillah, aku minta dijauhkan perkara yg halal tapi dibenci Allah.

Usiaku masih muda, masih belajar di tahun pertama ijazah pertama di UPM. isteri juga ijazah pertama di UNIMAS. banyak kekangan halangan, persepsi ketika aku mngajukan keinginanku pada kedua orang tua, dan dipendekkan cerita doaku diterima tuhan, aku selamat diijab kabulkan. selamat lafaz pernikahan suatu lafaz sakinah.

tapi aku benar pasti, itu juga hasrat teman-temanku di Universiti, yang matang fikir, yang beriman, solatnya tak tinggal, tapi mungkin kerana persekitaran sekarang ini tak mengizinkan pernikahan itu terjadi. faktor wang, pembelajaran, ya kita diancam persepsi "rezeki". teringat kisah seekor semut dan Nabi Sulaiman, ketika Nabi sulaiman bertanya kepada seekor semut,"wahai semut, berapa banyakkah yg kau mampu makan selama setahun," lalu si semut pun jawab, dalam setahun cuma sebutir beras. kemudian Nabi Sulaiman pun memasukkan semut tadi bersama sebutir beras dalam satu botol. dan Nabi Sulaiman berjanji akan membuka botol itu selepas setahun.
kemudian, selepas setahun, Nabi sulaiman pun datang dan membuka botol itu, dan apa yg terjadi, beras itu cuma habis separuh sahaja, lalu ditanya kepada semut, tahun lalu kau cakap setahun sebutir beras, tapi kenapa separuh butir beras ini tidak kau habiskan... dan Semut itu menjawab: di luar sana, rezeki ku dijanjikan Tuhan, didalam botol ini, rezeki ku dijanji seorang manusia, aku lebih yakin pada tuhanku dari manusia, makanya aku berhati-hati dan sentiasa menyimpan, kerana manusia jarang tepati janji.

begitulah keyakinan seekor semut, ya para pembaca sekalian, macam mana lah kita sebagai manusia, saya pernah mendengar luahan perasaan, keluhan, dari seorang peniaga di cafe, "dik, kalau kita x bg dorang (duit) payah nk cari makan". atau kita biasa dengar ayat, takda si dia(kaya) tu habislah kita. kekayaan, rezeki itu tidak kita sandarkan pada Allah ya Wahhab (Maha Memberi) Allah ya Ghani (Maha Kaya) dan Allah ya Razzak (Maha Memberi Rezeki).

seru saya pada teman-teman yang sedang ber couple di luar sana, teruskan melangkah kaki kanan, insyallah, Allah itu maha kasih dan sayang pada hambanya. pasti ada rezeki pada ikhtiar, pasti ada kemanisan dalam ujian,

sekadar itu saja perkongsian kisah, semangat buat yang sedang bercinta diluar, halalkan cintamu itu dulu ya.. pasti indah.

Saturday, May 21, 2011

Kursus Asas keUsahawanan Siswa beriman.



lama rasanya tak melabuh firasat rasa, pandang fikir, dan lafaz zikir, pada lembar blog ni, rasa usang berhabuk berkarat tidak dijenguk, Alhamdulilah, syukur pada ilahi masih bernafas pada udara yang diberi rabbi, masih dikurniakan nikmat paling besar yakni iman dan islam.

entry kali ini, aku ingin sekali mengkhabarkan satu cerita, satu kisah pengalaman pengembaraan kepada evolusi keusahawanan dalam diri, rupanya nilai insaniah keusahawanan itu bukanlah barang murah dalam diri kita,tapi suatu permata berharga ada nilainya, perlu digilap rapi, supaya dipandang dunia akan kilau sinarnya.

kisah ini adalah kisah kursus asas keusahawan siswa UPM siri 20/21. atau nama manjanya KAKS,kursus yang berlangsung selama 5 hari 4 malam di hotel impian morib,banting. dihimpunkan mahasiswa/wi seramai 89 orang, membentuk kumpulan semasa ice-breaking, kemudian dijamu lagi dengan motivasi pada peringkat awal, membuka saluran-saluran nafsu keusahawan pada tujuan yang benar.

ya, betul kata pakar motivasi, kita disuntik semangat sederhana, cukup,kalau kaya banyak dosa, harta banyak, nanti banyak ditanya, betul lah tu, tapi kita sering terperangkap kalau mengaji tak habis, tertutup langsung pintu dunia, akibatnya mengejar akhirat yang disana. ada yang sanggup meninggalkan anak isteri kerana urusan dakwahnya, sedang dirinya tak mencari keperluan nafkah didunia. aku terbaca mengenai maksud sebenar zuhud yang diberitakan, zuhud itu maknanya dunia ditangan dan akhirat dihati. erti nya biar kita berkuasa atas ekonomi, tapi hati tetap mencari redha ilahi. bukan dengan meletakkan dunia di hati, nanti jadi hubbub dunia, cintakan dunia kan binasa, kelak kita pasti akan mati.


hari kedua memang dahsyat, tapi best, kami dipasak perasaan terdesak, desperate giler la, ada target RM250 pastu kena cari jalan pulang ke hotel, nk jual produk ka-ki-ku, kaki aku pun melecet, haha. itulah perlumbaan yang bakal memuntahkan bakat2 usahawan terpendam, masa itulah tebu membiak baik dibibir, produk laris terjual, ada merayu, ada yang buat servis, ada yang jual baju, jual air, jual keropok,jual pen, memang happening dan berkesan. lepas game tu, bila ada salesman dtg kat kita kat meja makan, nampak macam kita pulak kat depan mata,.. barulah terasa apa yang salesman rasa. lepas peristiwa itu, aku sentiasa melayan salesmen dengan baik.

pengurusan kewangan, rancangan, kreativiti & inovatif semuanya diserap sebagai input bermakna bagi kami, kena puji kena keji, kena kutuk, tapi semua itu untuk membina sebenarnya, itulah namanya proses latihan. proses perubahan dalam diri. tapi geng2 kaks memang idea gile2 kreatif, imaginasi dah power nk jalankan tu je yang prob. apapun mereka memang mantop rasa kerdil je ngn budak2 kaks ni. paling bersyukur sama-sama nusa bangsa berkongsi ilmu bersama. rasa bersama itu kekuatan sebenarnya.

kemudian ada sesi penceramah bertanya seorang perorang, diantara kami tentang tujuan HIDUP?? ramai yang bg tau tentang cita-cita, yang harus digenggam sebelum sampai lanjut usia, cuma aku dan pian jawab MAti!!.. walau dalam nada berbeza satu sudut lain ada maknanya yang sama, ramai terkejut, aku pun terkejut sekali..ya MATI itu bukan menggenggam, tapi saatnya melepaskan..segala isi dunia, anak, isteri, rumah, harta raya, jalan raya, baju raya. semualah yang kita rayakan didunia. ya memang benar itu tujuan aku,MATI, tapi bukan mati bunuh diri, mati dicabut izrael..aku ingin sekali matiku bermakna, ketika aku hidup aku kaut sebanyak yang mungkin, dan ketika aku mati, aku tak ingin ada disampingku walau satu sen. se sen itu bukan kerana bankrupt, bank lelong, atau ditetak ah long, tapi habis segunung harta dizakatkan kejalanNya.

last trip segala usaha kami menjana wang, dengan semangat yang gigih, kental, berapi2. kami sumbangkan kepada rumah anak yatim di kanchong darat. Nauzubillah bukan nk tnjuk riak buat amal, TAK, tapi nk bagitahu inilah kehidupan. sesi terakhir KAKS ini sangat penting kepada usahawan,jutawan,hartawan. sesi ini memberi gambaran sebenar akan tujuan kenapa DUNIA itu perlu digenggam dengan gigih, sebab kita ada orang yang memerlukan perlu kita BERI..



nak dikisahkan banyak, tapi aku ringkaskan sampailah kepada perenggan ringkasan. aku pegang kata mentorku, 9/10 rezeki datang dari niaga..9/10 orang niaga masuk NERAKA. Ya Allah jauhkan la aku dari golongan 9/10 itu.. dan katanya lagi sebelum usahawan jadilah susahawan. susah2 dahulu, sikit2 dahulu, insyallah. yang penting istiqamah. setiap sesuatu ada hikmahnya. dan peganglah pada ayat seribu dinar. Allah lah yang memberi rezeki..iktikad yang itu!!.
baiklah sampai sini saja...
jumpa lagi..

salam usahawan,jutawan beriman. amin.

Monday, April 25, 2011

PUISI : KHABAR & DOA

Aku bukan tokoh ilmuwan, fakir tahu,jarang pula membaca, selembar pengetahuan tidak cukup untuk mengembara jauh di muka dunia. Aku bukan orangnya Alim Agama, tahu menahu kitab kuning dan perawatan hadis. Tidak juga aku tahu bagaimana mentafsir kitab suci Kalam ilahi. Yang ku tahu membaca tafsirnya dalam kamus bahasa. Aku juga bukan orangnya hartawan kaya raya, milik rumah sebesar istana. Aku juga bukan sejarawan, kitab sejarah belum pernah habis ku khatam. Bukan juga seorang siasahwan, nk mengubah kerajaan diri berat rasanya ditunggang. Ini kisah aku sang hamba yang Kuasa. Bersyahadah pada dia yang kuasa. Ku yakin Dia Ada. Ku yakin dia berkuasa atas segala. dan aku sangat cintakan Nabi Muhammad s.a.w. pemimpin agung umat manusia.

Aku tidak punya kuasa merubah suasana melainkan Dia yang Maha Kuasa. Aku lihat zalimnya dia, aku lihat kejamnya mereka. Aku melihat kotornya politik kalakian. Aku lihat budak kecil ditembak tapi dia yang bersalah, aku dikhabarkan wanita Mongolia itu diletupkan tanpa aku tahu sudahnya, aku dikisahkan sang pemuda cina jatuh bangunan, bunuh dirinya penuh magis didada akhbar. Aku juga membaca kisah-kisah tragis tapi akhirnya mereka yg mangsa tidak terbela. Kerana belenggu penguasa durjana. Kisah tidak sihat budaya lucah kini menular diajarkan oleh penguasa di persada politik.

Diwariskan oleh Nabi para Ulama’, tapi mereka pula dihina dicerca, kisah terdahulu pernah ditangkap dan dipenjara kerana ikut rentak yahudi mentafsir mereka pengganas. Ancaman besar bagi orang-orang Alim Agama, dipandang serong semua masyarakat akibat dari makhluk bernama media. Aku sayangkan ulama’ dunia bahkan lagi di Malaysia tercinta.

Aku lihat disana sini masalah terjadi, nyawa tak berdosa tergadai sia-sia, disiakan oleh manusia durjana, anak-anak muda nafsunya liar meratah, tak pula tahu kisah dosa dan pahala, orang-orang tua sama berdansa, anak sendiri direlakan bersama seiring rentak paluan zaman. Orang kampong turut serta, lebih suka jika ada konsert dikampung, dunia hidonisme meragut moral, nilai budaya dimamah pengaruh durjana. Aku sedih kerana mereka datang dari bangsaku yang bersyahadah!!!

Makin ku khabarkan makin pilu dihati, namun masih beringat dalam diri ada Penguasa sekelian Alam, yang berkuasa atas segalanya, pada Aku insan tak terdaya atas yang menimpa, ku pohon doanya dipanjat bersama.